Archives
Bunga Citra Lestari Hamil Sebelum Kahwin Dengan Ashraf Sinclair?
Apabila aktor kacak Ashraf Sinclair dan artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (Bunga) mengumumkan cinta yang mereka bina bakal diakhiri dengan ikatan pernikahan menjelang 8 November ini, bukan sahaja mereka menjawab teka-teki sejauh mana keseriusan hubungan ingin dibuktikan, bahkan mencetuskan satu lagi persoalan baru.
Khabar dari seberang semakin tidak keruan apabila dengan tiba-tiba Bunga diasak dengan persoalan yang cukup nakal. Apakah ada kemungkinan keputusan untuk bernikah dengan lelaki yang dicintainya, Ashraf diambil secara tergesa-gesa bagi menutup malu ekoran dia sedang hamil?
Itu soalan panas yang berlegar di fikiran sebahagian anggota media di Indonesia pada ketika ini dan diajukan dalam sidang akhbar semalam.
Dan pastinya secara terang-terangan, Bunga menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tidak berasas itu kepada semua media Indonesia termasuklah kepada KOMPAS Entertainment.
Bunga membantah dengan tegas apabila dia ditanya oleh media Indonesia apakah sedang berbadan dua hingga mereka terpaksa mempercepat majlis akad nikah berkenaan.
“Tak mungkin saya hamil. Lihat saja sendiri,” jawab Bunga sambil memperlihatkan ‘perut ratanya’ di depan para wartawan dalam sidang media satu produk kecantikan yang berlangsung di Menara Imperium Kuningan, Jakarta Selatan, kelmarin. (Petikan laporan akhbar KOSMO! bertarikh 14 Oktober 2008)